Thursday 24 October 2013

Gout Penyakit Yang Tidak Akan Sembuh?

Assalamualaikum wrt suri-suri hebat sekalian,bertemu lagi pada hari Jumaat ke sekian kalinya.Peredaran waktu begitu pantas kini,sedar atau tidak kini hanya berbaki 2bulan untuk kita akhiri tahun 2013.Begitu pantas sehinggakan kita sendiri tidak sedari apa yang telah kita lakukan dan apa yang belum kita lakukan.

Hari ini saya ingin berkongsi satu masalah kesihatan yang mungkin bagi anda semua nampak bukan sesuatu yang agak serius tapi sebenarnya GOUT adalah satu keadaan yang amat memeritkan bagi mereka yang pernah mengalaminya dan kini masih mengalaminya dan boleh dikategorikan sebagai pengalaman mimpi ngeri saat menghadapi keadaan ini.Mari kita kupas degan lebih terperinci mengenai penyakit ini.



Apakah Gout?
Gout adalah keadaan dimana berlaku keradangan yang menyakitkan di tendon, sendi dan ianya membengkak. Sendi metatarsal-phalangeal di tapak kaki adalah tempat biasa terjadi. Ia mungkin gout biasa atau mungkin tanda-tanda penyakit lain seperti batu karang, urate nephropathy dan tophi. Ia disebabkan oleh tahap asid urik dalam darah yang menghablur dan disimpan di sendi tendon serta tisu sekeliling.

Punca Gout
Gout boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk pemakanan, genetik, dan masalah di buah pinggang. Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Banyak makanan tinggi protein seperti makanan laut, kekacang, daging merah dan daging organik tinggi purine. Pemecahan purine dalam makanan ini akhirnya boleh menyebabkan gout. Purine ditukarkan ke bentuk asid urik semasa metabolisme tisu-tisu rosak dan koyak. Kajian yang dijalankan menunjukkan mereka yang banyak makan daging merah dan makanan laut meningkatkan risiko gout sebanyak 50 peratus.

Cara mengatasi
  1. Amalkan diet rendah purine. Sederhanakan pengambilan makanan berprotein yang mengandungi purine. Contoh: organ dalaman (paru, hati), bilis, sardin, herring, telur ikan, kekacang, alkohol, lemak haiwan, asparagus, bunga kobis, cendawan dan yis (roti putih dan roti manis)
  2. Ceri dan strawberi dikatakan mampu mengurangkan asid urik.
  3. Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate.
  4. kawal berat badan - kegemukan boleh menjejaskan keupayaan badan menyingkirkan asid urik.
  5. Bersenam

Supplemen SHAKLEE yang dicadangkan

  • Vivix - Mengimpak 4 mekasnisme anti penuaan. (melidungi dan membaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitochondria di dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel)




  • OmegaGuard - Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan pada sendi pesakit.

  • Alfalfa - untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.

  • Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.



 Gout dan Vitamin C


Pesakit gout perlu mengambil Vitamin C secara sederhana. Kajian menunjukkan pengambilan Vitamin C mampu mengurangkan 45% risiko gaut. 

Vitamin C adalah  uricosuric semulajadi, yang bermaksud bahawa ia membantu buah pinggang menyingkirkan asid urik. Walau bagaimanapun, ia akan menyebabkan peningkatan asid urik dalam buah pinggang dan air kencing yang boleh meningkatkan risiko batu karang.

Vitamin C juga adalah asid askorbik. Pengambilan Vitamin C yang berlebihan boleh menyebabkan air kencing menjadi lebih berasid yang ketara boleh meningkatkan risiko batu karang.

Ia boleh dikurangkan apabila pesakit mengambil air masak yang mencukupi. Ideal dose: 500mg-1000mg sehari sahaja. Jika pesakit gout hendak mengambil melebihi 1000 mg sehari, disarankan berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

Ternyata salah pada yang menganggap sakit gout ini tiada jalan penyelesaiaan atau tidak akan sembuh.Dengan diet yang terkawal dalam kehidupan seharian dan bantuan daripada supplement terbaik dari Shaklee ianya bukan lagi satu masalah.Ayuh teruskan gaya hidup sihat anda. :-)

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee?
hubungi saya pengedar sah Shaklee ber ID 906554

No.telefon : 017-3150252 (call/sms/whatsApp/WeChat)
Email : fazillah.abdghani@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Like my FB