Wednesday 30 October 2013

RESEPI NASI AYAM MUDAH DAN LAZAT

Assalamualaikum wrt.Setiap hari otak fikiran suri-suri hebat mesti berligar juadah hidangan apa yang hendak dimasak pada hari ini.Setiap hari kecuali hari-kari yang daapt pelepasan cuti dari tuan besar :-) Rutin seharian yang tak pernah boleh dijemukan kalau jemu alamatnya tidak berasap dapur dan berlaparlah perut-perut kesayangan kita nanti.

Ok baiklah hari ini saya ingat hendak berkongsi resepi yang mudah dan lazat ini pula. Resepi Nasi Ayam. Simple kan dan saya suka disebabkan satu hindangan lengkap tak perlu lagi lauk tambahan yang lain.Mudah dan lazat kan satu kebahagiaan.



tengok pic mr.gugel ini terus lapar rasanya.

Bahan-bahan yang diperlukan :-) (untuk 3-4 orang makan)

Bahan Untuk Nasi

  • 2 1/2 cawan beras
  • 1/2 ekor ayam
  • 2 biji bawang merah dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 1/2 inici halia dihiris
  • 5cawan air
  • 2sudu marjerin
  • Satu kiub ayam 
Bahan untuk Perapan Ayam
  • 1/2 cawan madu
  • 1/2 cawan kicap manis
Bahan Untuk Sup
  • 2 ulas bawang merah ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1/2 inci halia ditumbuk
  • sedikit daun sup/daun bawang/bawang goreng
  • Garam sebagai perasa
Bahan Untuk Cili Sos Ayam
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji cili merah
  • 1 biji tomato segar
  • Cuka,Garam,Gula secukup rasa
Cara-cara memasaknya :-)

  1. Masukkan marjerin dan tumis sekejap bahan yang dihiris.Masukkan air dan tunggu sehingga mendidih.Kemudian masukkan ayam untuk direbus.Keluarkan ayam semula asingkan isi untuk digoreng tulang untuk diletakkan dalam sup.
  2. Isi ayam yang diasingkan untuk digoreng boleh diperap (campurkan madu +kicap manis) gaul rata simpan ketepi.
  3. Untuk memasak nasi,cuci bersih dan masak nasi seperti biasa menggunakan air rebusan ayam sebentar tadi
  4. Untuk sup,tumis bahan sup dan masukkan tulang ayam dan gunakan air rebusan yang lebih dari masak nasi sebentar tadi.Boleh tambah lobak merah dan kentang jika mahu.Siap taburkan bawang goreng/daun sup/daun bawang
  5. Untuk Cili Sos,kisar semua bahan sehingga hancur.Setelah siap boleh perah sebiji asam limau.
Itu sahaja,mudahkan?Apa tunggu lagi mari mencubanya.


Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee?


hubungi saya pengedar sah Shaklee ber ID 906554

No.telefon : 017-3150252 (call/sms/whatsApp/WeChat)
Email : fazillah.abdghani@gmail.com







No comments:

Post a Comment

Like my FB