Friday 22 November 2013

Tips Kawal Pengambilan Gula dalam Seharian Anda




Assalamualaikum wrt semua.Gula sememangnya banyak memberi manfaat kepada setiap manusia. Setiap manusia mahukan kemanisan di dalam campuran air minuman atau makanan mereka. Pengambilan gula yang terlampau berlebihan dapat mengundang masalah kronik kepada kesihatan diri.

Kita sering menilai nilai sesuatu makanan itu berdasarkan kandungan gulanya sehingga makanan yang pahit tidak digemari tetapi makanan yang bergula dianggap makanan yang menyelerakan. Gula juga menjadikan ubat-ubat ebih mudah untuk ditelan oleh kanank-kanak kerana gula digunakan untuk menjadikannya manis. Kanak-kanak lebih mudah untuk mengambil sesuatu ubat itu seperti ubat batuk dan vitamin jika manisan digunakan bersama-samanya lalu kesihatan kanak-kanak itu lebih baik. Bayangkan jika gula tidak ada sudah pasti ibu bapa dan doktor mengalami kesukaran untuk memberikan ubat kepada pesakit kanak-kanak.

Gula yang dikenali sebagai glukosa juga sering diberikan sebagai bahan untuk memberikan tenaga kepada pesakit. Namun, gula yang diambil terlalu banyak atau tanpa kawalan berupaya membawa kemudaratan terutamanya menjadikan gigi seseorang itu rosak.
Data dari Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5% ( 2005 ) dan 80.9% dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun ( 1997 ).
Biasanya kandungan makanan yang lebih banyak gula akan menyebabkan gigi mempunyai plak yang lebih baik. Bakteria yang wujud dalam plak itu lama kelamaan akan menyerang enamel gigi manusia sehingga menjadikannya sakit dan terpaksa dicabut. Pengambilan berterusan gula yang berlebihan akan membawa risiko penyakit kronik seperti Diabetis dan sakit jantung. Kencing manis berlaku kerana pancreas manusia gagal untuk mengeluarkan insulin yang mampu untuk menguraikan kandungan gula dalam badan manusia itu.
Akibat daripada kesan ini, lemak akan terkumpul di dalam badan manusia dan seiring dengan masa saluran darah akan tersumbat menyebabkan aliran darah terganggu dengan teruknya. Seseorang itu akan mengalami serangan sakit jantung akhirnya.
Kesimpulannya, gula merupakan sejenis perisa manis yang tidak sesuai untuk setiap manusia menggunakannya. Makanan semulajadi manusia sudah mengandungi kandungan gula yang cukup untuk seseorang manusia itu. Pengambilan gula yang berlebihan sememangnya akan membawa maut kepada seseorang itu jika tidak berubah dari sekarang.
Disenaraikan tip-tip yang boleh anda ambil untuk mengawal pengambilan gula seharian anda :

  • tukar pengambilan gula putih kepada gula perang
  • kurangkan makanan atau minuman yang mempunyai tinggi kandungan gula
  • kurangkan makan makanan yang diproses keran kebanyakan makanan yang diproses
  • mempunyai kandungan gula yang tinggi
  • kurangkan jumlah penggunaan susu,susu pekat atau krimer untuk ditambah didalam
  • minuman anda seperti kopi mahupun teh.
  • selalu minta untuk mengurangkan manis atau mitna minuman tanpa gula semasa makan atau minum diluar
  • baca jumlah kandugan gula di setiap label makanan
  • campurkan separuh air minuman kosong dengan separuh air minuman ringan untuk mengurangkan manis kandungan gula.Lakukan selama 2minggu berturut-turut.Anda akan dapat menyesuaikan diri untuk rasa yang tidak manis.
  • Gantikan makanan seperti biskut dan makanan ringan kepada buah-buahan yang segar.
Hidup Sihat Tanpa Gula, Kesihatan Terbaik Untuk Anda Sepanjang Hayat.

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee?


hubungi saya pengedar sah Shaklee ber ID 906554

No.telefon : 017-3150252 (call/sms/whatsApp/WeChat)
Email : fazillah.abdghani@gmail.com




No comments:

Post a Comment

Like my FB