Assalamualaikum wrt semua.Apa kabar?malam ini saya ingin kongsikan bersama anda semua masakan yang mudah lagi ringkas dan semestinya sedap.Siapa suka makan kerang? baiklah saya kongsikan definasi kerang dulu ye.
Kerang merupakan nama sekumpulan moluska dwicangkerang daripada famili Cardiidae. Kulit kerang banyak dijumpai di pantai-pantai di seluruh dunia. Kulit kerang ini berbentuk seperti hati, bersimetri dan mempunyai tetulang di luar yang nyata. Kerang adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan.
Ok lah mari saya kongsikan resepi itu.Sila rujuk bawah :-
BAHAN-BAHAN:
- 1kg kerang | dibersihkan
- 8 sudu makan kicap manis
- 1 tangkai daun saderi | dihiris 2.5 cm
- 1 tangkai daun bawang | dihiris 2.5 cm
- 1 batang cili merah | dihiris
- 125ml air
- Air asam jawa secukupnya
- Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
- Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 11 biji cili padi
- 5 biji bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2.5cm halia
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik minyak.
2. Kemudian masukkan kerang kicap manis dan air secukupnya. Tutupkan kuali dan biarkan selama tiga hingga empat minit. Besarkan api.
3. Seterusnya buka penutup dan masukkan air asam jawa. Perasakan secukupnya.
4. Akhir sekali, taburkan daun bawang, daun saderi dan hirisan cili merah.
5. Sedia untuk dihidangkan
Mudah sahaja kan?selamat mencuba.
hubungi saya pengedar sah Shaklee ber ID 906554
No.telefon : 017-3150252 (call/sms/whatsApp/WeChat)
Email : fazillah.abdghani@gmail.com / cutemanjoi@gmail.com
FB : fazillah.abdulghani
Page di FB : Tips-Suri-HebatKeluarga-Sihat
No comments:
Post a Comment