Tuesday 10 March 2015

Bestnya mengurut dalam pantang...

Assalamualaikum wrt salam buat semua.

Alhamdulillah ketemu lagi di entri baru,awak awak semua apa khabar? Doa saya semua dirahmati dan dilindungi Ilahi hendaknya.

Alhamdulillah kini saya dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak ketiga bulan lepas. Kini sudah hampir separuh perjalanan tinggal lagi separuh sebelum tempoh ini berakhir.

Ok baiklah saya nak kongsikan sesuatu dengan anda semua..memandangkan saya dalam pantang mestilah tulisan saya berkaitan dengan berpantang kan.

Urutan.. apa itu urutan? Penting ker untuk mengurut selepas melahirkan?

Urut merupakan rawatan yang menjadi pilihan pertama bagi yang baru bersalin. Ianya dapat memberikan kesegaran dan rasa ringan kepada tubuh badan setelah ianya selesai.

Ada sesiapa yang tak mengurut selepas bersalin?bagi saya urutan itu penting untuk memulihkan kembali kesegaran badan si ibu.Semasa mengandung lagi saya sudah menempah makcik urut untuk melakukam rawatan urutan ini semasa dalam pantang.

Proses mengurut kebiasaannya dilakukan pada seluruh bahagian badan iaitu bahagian bahu, leher, dada dan payudara. Kemudian dari bahu ke siku, lengan dan jari -jemari. Juga termasuk membetulkan kedudukan rahim.

Urutan ini bertujuan membetulkan urat-urat yang tegang, memastikan tiada urat yang tersimpul, melancarkan peredaran darah terutama di bahagian payudara supaya tiada masalah bengkak, membuang angin yang terkumpul dan mengembalikan kesegaran badan.

Selain itu, urutan juga bertujun untuk mengelakkan serangan angin rengat dan serangan peringkat awal angin merian seperti sakit kepala,sejuk tangan dan tapak kaki. Sekiranya tidak diurut kemungkinan badan akan berasa sakit tidak bermaya serta wajah kelihatan pucat.

Bagi melancarkan proses urutan, minyak dari ramuan khas akan digunakan.
Lazimnya bahan boleh disediakan sendiri seperti minyak kelapa atau minyak urut yang menggunakan campuran herba dan akarkayu.

Selepas tamat tempoh berpantang, kita disarankan meneruskan melakukan rawatan urutan seelok -eloknya sebulan sekali untuk memastikan badan sentiasa segar dan bertenaga.

Pic ihsan dr En.gugel.

2 comments:

  1. Seronok baca blog sis. asalam.saya orang baru dalam blog. Join la blog saya. shazwaniafiq.blogspot.com =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm wrt.. salam kenal.. thanks sudi bce blog sis.. ok nnti g bw blog wani..

      Delete

Like my FB