Thursday 1 June 2017

SUP BAYAM PERMINTAAN SI ANAK SULONGKU

Alhamdulillah sudah masuk hari ke-6 kita menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia.

Syukur Alhamdulillah diberi izin olehNya untuk bertemu lagi dengan bulan penuh kerahmatan ini.

Ok berbalik kepada tajuk entri hari ini.Heheheh agak santai tapi ianya sangat bermakna buat saya seorang ibu kepada anak yang berusia 8tahun yang kini sedang berusaha untuk menjalankan ibadah berpuasa seperti yang telah diwajibkan keatas orang mukmin apabila datangnya bulan Ramadhan.

Alhamdulillah #afrinabalqis ratuhati pertama kami sehingga kehari ini masih belum "ponteng" puasanya.Tetapi seperti kanak-kanak lain seusianya drama sepanjang hari macam-macam dibuatnya.Kadang itu hilang sabar juga kita dibuatnya. :-)

Untuk memujuk memberi perangsang kepadanya ibu setiap hari akan menanyakan menu apa kakak (panggilan kepada Afrina) hendak ibu masak hari ini?

Macam-macamlah permintaanya tapi ada satu yang begitu digemarinya iaitu SUP BAYAM.

Terima kasih Mr.Google.

Dalam banyak-banyak resepi ini yang dipilihnya.Sempoi kan?ibu ofkps la setuju.Siapa tidak tahu berkhasiatnya sayur bayam ini kan.Minggu ini sahaja sudah dua kali ulangmasak resepi sempoi ini.Dan paling best dia akan mengadap makan dengan bersungguhnya sehingga licin ke titisan kuah yang terakhir. 

Rasa terharu ibu tengok gaya kakak makan macam ibu sudah mask satu resepi tersedap didunia bila kakak cakap ,Wow bestnya ibu masak Sup Bayam arini.

Mudahnya membuat hati si anak gembira kan?

Ingin dapatkan rangkaian produk Shaklee?hubungi saya pengedar sah Shaklee anda ditalian 017-3150252.

1 comment:

  1. Sup bayam ngn nasi pun aje pun soodap...bgus afrina makan bayam..byk khasiat dia

    ReplyDelete

Like my FB