Saturday 2 November 2013

Tips 8P Keluarga Bahagia

Assalamualaikum wrt teman suri hebat sekelian,alhamdulillah syukur masih lagi diberi Allah peluang untuk hidup dimuka buninya menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNya sebelum menuju ke tempat yang kekal abadi kelak.

Keluarga bahagia?setiap orang inginkan kebahagiaan.Setiap pasangan yang telah berumahtangga menginginkan kemanisan yang berkekalan dabn berpanjangan dalam rumahtangga yang dibina.Oleh itu ada beberapa ciri perlu dititikberatkan oleh setiap insan yang ingin kekal bahagia selamanya.In sha Allah. Persefahaman dan sifat toleransi antara suami isteri amat penting dala memastikan kerukunan di dalam sesebuah rumahtangga.




Di sini ingin saya berkongsi tips menarik yang boleh anda gunakan demi menjamin kebahagiaan keluarga anda. Saya namakan tips ini Tips 8P.Jom kita tengok apakah 8P yang dimaksudkan :-


  • P pertama adalah 'puji' - iaitu setiap pasangan perlu memuji diantara satu sama lain dala msemua aspek kehidupan seperti masakan ataupun ucapan terima kasih diatas pertolongan dan tanda menghargai.
  • P kedua adalah ' peluk' pasangan anda yang telah anda kahwini sekerap mungkin diantara satu sama lain kerana pelukan adalah tanda belaian kasih sayang.
  • P ketiga adalah 'penghargaan' dimana amalan memberi hadiah memberi boleh menambahkan kasih sayang diantara satu sama lain.
  • P keempat adalah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kurang perhatian membuatkan pasangan merasa tidak diperlukan
  • P kelima adalah ' persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya pasangan memerlukan sifat tolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing
  • P keenam adalah mewakili ' pergaulan' bermaksud disini setiap apsangansuami isteri itu perlu menjaga hubungan dengan orang lain bagi mengelakkan melampaui batas-batas pergaulan,menumbulka nrasa cemburu dan seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
  • P ketujuh pula adalah ' percutian' iaitu seseorang itu haruslah merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya yang jauh dari gangguan rutin kerja dan kesibukan sehari-hari bagi menyemarakkan kembali kasih sayang antara suami isteri.
  • Dan P yang terakhir adalah 'permohonan' iaitu doa kepada Yang Maha Pencipta supaya Allah merapatkan hubungan kasih sayang antara suami isteri dan dijauhkan daripada godaan kemewahan dan keseronokan didinua sahaja
Disini saya turut ingin berkongsi doa yang diberikan oleh Ustazah Siti Norbahyah Mahamood yang boleh anda amalkan bagi merapatkan hubungan dan melindungi keluarga anda dari godaan syaitan serta menimbulkan kasih sayang yang berkekalan iaitu selepas solat amalkan membaca surah al-Imran ayat 31 atau ayat ke 200 dari surah yang sama.

Kunci kebahagian sebenar untuk rumahtangga yang bahagia adalah mendekatkan diri kepada Allah swt.Seseorang insan yang lalai amalannya terhadap Maha Pencipta nya dia akan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarganya kerana didalam jiwanya kosong kosong kosong. :-)

Ingatlah ketika kita lalai menjalankan tanggungjawab terhadapNya maka iblis yang suka melihat umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita dari menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga.

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee?


hubungi saya pengedar sah Shaklee ber ID 906554

No.telefon : 017-3150252 (call/sms/whatsApp/WeChat)
Email : fazillah.abdghani@gmail.com



No comments:

Post a Comment

Like my FB