Tuesday 3 December 2013

Segalanya mungkin dengan PEMANGGANG AJAIB


Assalamualaikum wrt semua.

Maaf lama tidak bersiaran,bagaimana hari-hari anda sekeluarga?moga ceria senantiasa menemani.Alhamdulillah masih lagi diberi peluang menikmati keindahan ciptaan Ilahi dimukabuni ini.Syukur terhadapNya.

Ok hari ini saya nak kongsikan dengan anda mengenai kehebatan MAGIC PAN ataupun PEMANGGANG AJAIB.Terlalu banyak lambakan jualan pemanggang ajaib ini dimerata tempat.Tak kira secara online mahupun offline.



Baru-baru ini kami sekeluarga bercuti di Pulau Lagenda Pulau Langkawi.Kebanyakan yang mengunjungi pasti akan pulang dengan sebiji mahupun leih pemanggang ajaib ini.Saya sendiri naik heran apa kah keistimewaanya pemanggang ajaib ini.Memang tergerak hati hendak memiliki tapi saya perlukan kajian lebih terperinci dahulu :-)

Apa itu pemanggang ajaib?Ianya adalah kuali "double sided pan" yang mempunyai dua permukaan atas dan bawah dan mempunyai magnet pada tangkal pemegangnya untuk melekatkan permukaan atas dan bawah kuali.Permukaan pemanggang ajaib itu tidak melekat dan ianya memudahkan masakan dipanggang,digoreng dan dikukus dengan lebih cepat dan sedap.

Sesuai dengan namanya yang ajaib,ianya bukan terhad untuk memanggang masakan sahaja malah boleh menggoreng,mengukus,membajar dan sebagainya lagi.Mudah dan berbaloi apabila anda memilikinya.Teknoligi terkini daripada negara Korea ini semestinya berkualiti memandangkan produk negara Korea kebiasaaanya mementingkan kualiti dan kesihatan pengguna.

Ada 5 sebab utama mengapa setiap rumah WAJIB ada pemanggang ajaib ini katanya,jom kita lihat apa sebabnya.

  1. Senang dikendalikan - berat yang sederhana
  2. Ciptaan yang sempurna - tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis
  3. Makanan tidak akan melekat kerana ianya 'non-stick"
  4. Mempunyai tutup yang ketat supaya aroma tidak terkeluar dan masakan menjadi bertambah sedap.
  5. Pelbagai jenis masakan boleh dimasak menggunakan pemanggang ajaib ini.
OK macam wajib ada dirumah saya satu pemanggang ajaib ini.Sebenarnya entri ini adalah khas untuk Encik Syurga saya agar permohonan saya diluluskan. :-)

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee?


hubungi saya pengedar sah Shaklee ber ID 906554

No.telefon : 017-3150252 (call/sms/whatsApp/WeChat)
Email : fazillah.abdghani@gmail.com







No comments:

Post a Comment

Like my FB