Monday 25 August 2014

Cara Mudah Untuk Kurus Langsing Menawan dengan Set Kurus Shaklee

Idaman kebanyakan insan di mukabumi ini - INGIN KURUS.Lebih-lebih lagi bila dikelilingi oleh mereka yang kebanyakkan bersaiz kecil menawan tertarik dan da'boom.Mulalah tangan mencari bantuan di google ,search sana cari info sini untuk memulakan MISI KURUS yang saban tahun menjadi AZAM UTAMA dalam diri.

Saya sendiri sebelum berkahwin juga mengamalkan diet kononnya hendakkan bentuk badan menarik dihari penuh sejarah dalam hidup bak kata orang sekali seumur hidup jadi mulalah merancang MISI KURUS.Saya mengambil produk kesihatan terkemuka dikala itu iaitu H*R*A*L*F*.Mahal bukan perkara penting lagi asalkan misi harapan terlaksana.Memang menjadi dalam masa sebulan saya turun 8kg...Alhamdulillah seronok rasa bila tukang jahit baju pengantin terpaksa kecilkan lagi baju kerana nampak besar bila diacukan pada badan.

Setelah berkahwin,rezeki bertambah. Dikurniakan utnuk menerima cahayamata agak awal.Kira bunting pelamin dikala itu syukur .Tidak seperti orang lain yang diuji mabuk teruk,morning sickness yang sangat mencabar.Saya tidak diuji sedemikian begitu senang perjalanan kehamilan saya ketika itu lalu apa sahaja yang lalu ditekak saya akan makan tanpa halangan.Akibatnya berat naik mendadak dikala mengandung anak pertama ini.Hampir 20kg++ kenaikan ketika itu sehingga saat melahirkan.Habis punah misi yang saya buat untuk kurus semasa hari persandingan kini saya membesar bagai johan.

Semasa pantang,ikut segala adat berpantang yang disarankan namun berat saya hanya turun sedikit dan merasakan amat susah untuk saya kembali ke angka ketika saya kahwin dahulu.Diringkas cerita,pelbagai diet saya cuba lakukan untuk mengembalikan berat asal saya namun hampa.Diet atkins juga saya buat memang berkesan namun masih tetap tidak mampu dapat angka semasa hari persandingan saya. 

Akhirnya saya mengandung anak kedua. Bayangkan dengan berat yang masih belum turun saya pula disahkan hamil lagi. Tetap saya nafsu makan bukan menjadi masalah. Namun kali ini berat naik hanya 13kg.mungkin da capai berat maksimum yang saya mampu tampung. Hati runsing sehinggakan selepas bersalin anak kedua saya pula saya memulakan misi kurus saya. Dapatkan info sana sini akhirnya bertemu dengan set kurus Shaklee yang tidak mengganggu penyusuan anak saya yang menyusu susuibu sepenuhnya. 

Alfalfa, lecithin dan ESP adalah set kurus yang saya beli dan mencuba secara konsisten. Sebabkan ini adalah supplement maka harapan untuk mendapat result yang cepat tidak menjadi harapan saya. Apa yang saya tahu setiap hari saya kene amalkan amalan pemakanan yang sihat dan meneruskan pengambilan produk Shaklee ini secara berterusan. Alhamdulillah hampir setahun lebih selepas itu nmpk ketara pada diri saya sendiri.bila ditimbang hampir 20kg+++ berjaya diturunkan.
Ramai nampak perubahan ketara saya.. syukur berat impian kini dalam genggaman.saya suka perubahan ini. 

Pagi hari saya pastikan saya ambil ESP untuk mengganti menu harian kebiasaan selama ini. Roti canai,nasi goreng,nasi lemak saya tinggalkan. selepas makan tengahari dan makan malam saya pastikan wajib mengambil Alfalfa dan Lecithin.

Anda juga bole jika saya mampu lakukan mengapa tidak anda??? hubungi saya segera untuk dapatkan. Lihat gambar yang saya sertakan. Nampak perubahan yang ketara? 

Jangan berlengah lagi.. anda pasti boleh. Hubungi saya ditalian 017-3150252 untuk dapatkan produk hebat ini beserta konsultansi percuma menanti anda.

No comments:

Post a Comment

Like my FB