Wednesday 17 December 2014

Anemia ibu hamil undang risiko keguguran?

Assalamualaikum wrt salam pembuka bicara..moga hari kalian dirahmati Ilahi senantiasa.Hari ini saya ingin berkongsi info kesihatan untuk pengetahuan yang mana anda boleh jadikan manfaat ataupun panduan.

     Kepentingan zat besi amat penting buat ibu hamil. Seawal kandungan ibu hamil disarankan memastikan zat besi secukupnya sepanjang kandungan. Seseorang ibu hamil yang mengalami kekurangan zat besi boleh dikesan sekiranya tahap bacaan bilangan sel darah merah kurang daripada 12 hingga 15miligram(mg).

     Lesu,letih,tidak bertenaga, semput,pening,rasa berdebar,kulit pucat,dan tidak boleh berfikir dengan jelas merupakan diantara simptom-simptom seseorang itu menghidap ANEMIA.Selalunya bila berhadapan dengan masalah begini ramai beranggapan ia sekadar perkara biasa dan mengandaikan ia tanda tidak mendapat rehat yang cukup.Simptom ini boleh dialami oleh sesiapa sahaja tetapi golongan yang lebih kerap dikaitkan adalah ibu-ibu mengandung.

     Usah ambil ringan dengan mengendahkan gejala-gejala tersebut memandangkan ianya disebabkan kesan perubahan hormon akibat hamil kerana ini mungkin juga menandakan ibu hamil itu menghidap ANEMIA akibat kekurangan zat besi.Menurut Pakar Perunding O&G Hospital Pantai Kuala Lumpur Dr.Kiren Sindhu,zat besi adalah kompenan penting dan utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.
    
     Kekurangan zat besi dalam badan mungkin disebabkan diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh tubuh,kesan sampingan ubatan tertentu,keadaan genetik,kehilangan banyak darah dan akibat kehamilan itu sendiri.Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan tumbesaran bayi.

     Anemia yang teruk atau tidak dirawat semasa hamil dan selepas melahirkan anak boleh mengakibatkan masalah lain seperti keguguran, kelahiran pramatang, kekurangan berat badan, kemurungan selepas bersalin,kerencatan perkembangan dalam seseorang kanak-kanak,kerencatan semasa kelahiran dan peningkatan kebarangkalian ibu meninggal dunia juga salah satu kemungkinan.

     Oleh itu, golongan wanita disaran menjalani ujian darah sebelum merancang hamil bagi mengetahui tahap hemoglobin masing-masing. Namun senario kebiasaan dilihat ialah kebanyakan wanita hanya berjumpa doktor selepas mereka disahkan mengandung dan semasa itu mereka sudah pun didapati mengalami anemia yang ringan.

    Untuk mengatasi masalah ini pertama sekali dinasihatkan agar mengubah gaya hidup dan pemakanan.Tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi seperti ayam,sayuran hijau,kekacang, hati,bijiran penuh,buah-buahan kering seperti prun dan kismis,tembikai,labu,bijan dan tauhu. Dan bagi kebanyakan kes doktor akan mengesyorkan pengambilan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia.

     Jangan ambil mudah akan permasalahan ini, dapatkan bantuan perubatan serta-merta jika menghadapi simptom anemia terutamanya anda yang bergelar ibu hamil.

Tips tambahan buat anda:

1.Pengambilan vitamin C dapat membantu meningkatkan serapan zat besi.
2.Minuman berkafein boleh mengurangkan kadar serapan zat besi.
3.Di Shaklee, tablet Vitalea dapat membantu anda dalam memastikan bekalan zat besi tambahan mencukupi buat anda dan bayi didalam kandungan.

    

    

    
    

    

1 comment:

  1. Alhamdulillah, saya baru jer bercakap dengan adik saya yang pregnant. Bacaan darah cuma 10.++. Terkejut saya dibuatnya. Nanti nak share info dari entry awak ni dengan dia. Thanks..

    ReplyDelete

Like my FB