Thursday 5 February 2015

Tungku Herba Bayi untuk adikbaby

Assalamualaikum wrt salam jumaat penuh keberkatan.Alhamdulillah syukur Ke hadrat Olajuwon atas limpah kurniaNya kita masih lagi diberi peluang untuk bersama didalam dunia yang sementara ini.

Ok hari ini saya nak berkongsi kepada anda satu barang yang boleh dikategorikan sebagai satu barang untuk persiapan kelahiran adik baby tak lama lagi.

Tungku Batu Herba Bayi keluaran syarikat Anugerah.Sudah lama memang tersenarai dalam senarai barangan yang hendak dibeli untuk persiapan kelahiran anak yang kali ini. Alhamdulillah ketemu jua akhirnya.

Tungku ini dikatakan baik untuk mengatasi masalah kembung perut,batuk, selsema ataupun angin pasang. Ianya dirumuskan khas dari herba tradisional dan ditenagakan lagi dengan doa-doa dari kalam suci Al-quran yang selama ini menjdi rahsia didalam perubatan Islam.

Tungku ini juga serbaguna untuk kanak-kanak yang terkena gigitan serangga, terjatuh,demam,batuk selsema,benjol terutama didahi atau dilutut serta kecederaan ringan. Batu yang digunakan adalah batu lava gunung berapi yang berperanan seperti magnet yang boleh membantu melancarkan pengaliran tubuh badan dan mempunyai ketahanan kepanasan yang lama.

Untuk pengetahuan semua, tungku ini telah didoakan dengan 30juzuk al-quran serta ayat-ayat pilihan seperti:

Surah Alfatihah, Surah alBaqarah,Surah alBuruj, Surah alRaaf,Surah atTaubah, Surah Yunus, Surah AnNahl, Surah alIsraa, Surah asSyuraa, Surah Fusilat, Surah ankabut dan AsmaUlhusna.

Saya kongsikan disini cara penggunaan Tungku Herba Bayi :

Panaskan bahagian bawah tungku menggunakan seterika pada kadar kepanasan yang sesuai untuk bayi. Tuam bahagian penting seperti perut,dada, sendi lutut,tapak kaki,belakang badan dan bahagian sulit (lelaki).Ulang tuaman setiap hari selepas mandi.

Selepas penggunaan, simpan ditempat yang bersih dan kering.Setiap minggu jemur tungku ini dibawah sinaran matahari selama 10-15minit.

Ramuan yang terkandung didalam tungku herba ini adalah Sireh,Jintan, Serai, Daun Kantan, Daun Senduduk dan batu lava dari gunung berapi. Harga dipasaran adalah rm38.00 untuk satu unit.

Kita hanya mampu berikhtiar namun ingat hanya Allah swt menentukan segalanya.

In sha Allah.

No comments:

Post a Comment

Like my FB